FEBRUARI 2024

Premier Antara Hadiri Mesyuarat Menteri Besar Ketua Menteri


KUALA LUMPUR (20 Feb): Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pada Selasa telah menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Besar/Premier/Ketua Menteri ke-142 bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. 

Hadir bersama beliau pada mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh PMX Dato’ Seri Anwar Ibrahim ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki. 

Pada Rabu bertempat di sebuah hotel di sini Datuk Patinggi Abang Haji Johari akan menyaksikan Majlis Menandatangani MOU antara Petronas Chemical Group dan SEDC Energy untuk membangunkan sebuah loji ammonia rendah karbon di Tanjung Kidurong, Bintulu. 

Pada Khamis Premier akan hadir bersama TYT Sarawak, Tun (Dr) Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara.